I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, March 11, 2011

cUn slaLu



Sinopsis Filem Cun

Luna Latisya seorang pengacara terkenal, bercinta
dengan Ryan Hidayat, seorang pelakon. Program
yang diacarakannya (Meletops) memerlukan
beliau menerjah kehidupan peribadi selebriti tanahair.
Yang terkini, ‘Meletops’ ke rumah Ryan Hidayat
untuk kejutan hari lahirnya. Namun lain pula
 yang terjadi apabila Ryan ditemui bersekedudukan
 dengan seorang artis baru, Siti Senjakala.
 Luna berang lalu terus memandu pergi bersama Tom,
pembantu peribadinya. Tom membawa Luna ke
kampung halamannya di Utara Semenanjung.
Sampai di kawasan kampung, kereta Luna tersekat
di kawasan lumpur, memaksa Luna dan Tom
bermalam di dalam kereta.

Keesokannya, mereka ditemui oleh Atan,
 kawan baik Tom di kampung. Mereka dibawa ke rumah Atan.
Pada awalnya Luna sukar menyesuaikan diri
dengan persekitaran kampung. Setelah beberapa hari,
kereta Luna masih belum siap. Luna tiada pilihan,
 kecuali terus bermalam di rumah Atan. Namun keluarga
 besar Atan yang cepat mesra menyebabkan Luna mula
menyesuaikan diri. Adik Atan, Manis,
gadis `istimewa’ sangat sukakan Luna.
Kereta sudah siap, tibalah masa Luna
perlu kembali ke Kuala Lumpur. Luna yang mula jatuh
hati dengan persekitaran dan orang-orang di situ
 meminta izin untuk tinggal lebih lama. Semua
orang gembira dengan keputusan Luna. Luna dan Atan
 semakin rapat, walaupun sering tak sependapat.

Luna kini mengenali kehidupan kampung yang
 selama ini begitu jauh daripada dirinya. Daripada
bermain lumpur di sawah, menunggang kerbau,
hinggalah memasak di dapur kayu, semua sudah
dipelajarinya. Orang popular sepertinya,
lambat-laun pasti dapat dijejaki. Krew penerbitan
‘Meletops’ dapat menjejaki Luna. Ryan turut serta
untuk memujuk. Luna tiada pilihan, kecuali
pulang ke KL apabila Atan menghalaunya
setelah menyangka Luna adalah tunangan
Ryan yang selama ini cuba disembunyikan
oleh Luna. Luna kini kembali mengacara. Candy,
penerbit rancangan ‘Meletops’ sentiasa
mahukan rancangannya mengungguli carta teratas.
 Tanpa pengetahuan Luna, Candy menjemput
 Atan menjadi tetamu rancangannya. Atan bersetuju.
 Merekapun bertolak ke KL menaiki lori Atan.
Rancangan bersiaran secara langsung, Atan
dibawa masuk… Luna dan Atan terkedu apabila
bertentang mata. Atan marahkan Luna kerana
menyangka Luna menipu dan mempermainkannya.
 Luna pula marahkan Candy kerana
memperalatkan mereka berdua untuk menaikkan
 lagi carta rancangan ‘Meletops’



Lirik Lagu Cun Selalu Remy Ishak
dan Maya Karin (OST Cun)

Aku Suka Bila Kau Ketawa
Kau Buat Aku Senyum Ke Telinga
Aku Suka Bila Kau Tersipu
Merah Muka Hendak Sembunyi Malu

Aku Disini Dengan Kamu
Kalau Boleh Biar Selalu
Kerna Kau Kini Ada Dalam Hatiku
Hanya Kau & Aku Sentiasa

Pedulikan Apa Orang Kata
Kita Berdua Sama Saja
Hanya Ingin Cari Bahagia
Aku Jumpa Waktu Kita Bersama

Buangkan Tisu Basah Airmata
Pimpin Tanganku Untuk Selamanya
Jangan Biarkan Hati Kamu Resah
Kasih Aku Temu Percayalah

Hanya Kau & Aku Sentiasa
Pedulikan Apa Orang Kata

Kau Dalam Diri Ku Selalu }

Engkaulah Yang Aku Mahu } 2x

 Hanya Ingin Bersamamu… } 4x

Hanya Ingin Bersama Kamu….




aku suka lagu ini...!!!




2 comments:

pe korg cakap..???