Terbaik Buat Kita
Dari ruang sepi itu
Jauh dari nyata
Aku coretkan segala
Rasa rindu dan duka
Bilakah kita kan bersua
mungkin di suatu masa.
Ku tinggalkan jauh semua
Kenangan yang lara
Aku tekadkan segala
Impian dan cita
Meniti usia
Tak semudah seperti yang disangka
Dan kepahitan
Menjadi teman diri
Ku tempuhi onak duri sendiri di sini
Walau jauh jarak kita
Walau rindu dalam rasa
Kerana itu takdirnya
terbaik buat kita
Andai masih ada usia
Dan jejakku disana
Kerana itu takdirnya
Terbaik buat kita.
No comments:
Post a Comment
pe korg cakap..???