I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, June 11, 2012

Resepi & Tutorial Apam Polkadot


tadi masa tengah online tiba2 nampak something..interesting sangat ^_^..apam polkadot..benda ni dah lama perasan juz wat xtau la sebab apam je pun kan..bukan sedap sangat..tapi bila fikir balik sekarang macam best je nak buat..nak tau jugak rasa macam mana..pastu terus cari dekat google cara2 nak buat apam ni..memang banyak sangat yang kuar la..yang pasti resepi still sama..hehe..sebab dorg pun mungkin copy paste kot..ok takpe lagi bagus juz ikut kreatviti sendiri kan..^_^

Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus - boleh kurangkan kalau taknak manis sangat
  • 150gm susu segar/susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling blueberry/srawberi/coklat (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna
Cara-cara

  • Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit
  • Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  • Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  • Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas 
yang telah disusun didalam acuan lompang.
  • Picitkan blueberry filling secukupnya.
  • Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.
  • Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  • Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
  • Yeay siap ! SIMLPE
NOTE :
  • Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman!
  • Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.

1 comment:

pe korg cakap..???