I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, September 18, 2014

Yuna - Lautan


Lirik Lautan - Yuna
Cinta ini tanda hati
Aku kau yang punya
Siapa sangka kita berdua
Bersama akhirnya

Oh biarkan ribut dan hujan
Datang menduga aku engkau ada
Oh biarkan seluas lautan
Ku renangi jika aku kau perlukan
Oh biarkan kerna aku kau ada


Tiada cela engkau sempurna
Yang teristimewa
Seandainya tiada istana
Ku mencintaimu seadanya
Yeah..

Oh biarkan ribut dan hujan
Datang menduga aku engkau ada
Oh biarkan seluas lautan
Ku renangi jika aku kau perlukan
Oh biarkan kerna aku kau ada

Oh siapa sangka
Cinta yang kita bina
Akhirnya bersemi jua
Oh biarkan
Kerna kini kau ku ada

Oh biarkan ribut dan hujan
Datang menduga aku engkau ada
Oh biarkan seluas lautan
Ku renangi jika aku kau perlukan
Oh biarkan ribut dan hujan
Datang menduga aku engkau ada
Oh biarkan seluas lautan
Ku renangi jika aku kau perlukan
Oh biarkan kerna aku kau ada



Friday, September 12, 2014

Ganjaran Pertama dari Nuffnang

Alhamdulillah..sekian lama dah berblogging mula dari tahun 2009 kalau xsilap sampai la sekarang..tapi mula dari tahun 2012 baru aktif dan duit dalam akaun Nuffnang pun baru nak berbunga..cewwaahh hahaha..masa tu mula la semangat nk share macam2 lagu macam2 cerita..

Bulan 7 haritu baru la cukup duit untuk dikeluarkan..aku dengan gelojoh terus tekan butang untuk tebus cek tu..bulan 8 aku rasa dh lama xda email dati Nuffnang pun..then baru la search dari blog2 rupanya kena kuarkan hujung bulan sebab dorg proses selama sebulan dari tarikh akhir macam 30hb atau 31hb..so silapnya aku buat awal bulan kena la tunggu hampir 2 bulan baru dapat cek Nuffnang..lepas ni sape2 yg nak cash cek kena tunggu hujung bulan ok..hehe
Ni la hasil berkat kesabaran beberapa tahun berblogging..bukan nak kejar sangat tapi kalau melibatkan duit sape yang xmau usaha buat blog dorg jadi femes ye x..aku pun sekarang kena rajin menulis atau share pasal something kn..xdela berhabuk bersawanang je blog kesayangan hamba ni..hehe

So sape2 yg xtau cara nak cash cek ni korg boleh mana2 blog search je kt google mmg banyak..macam aku ni dah buat baru nak search mmg kena tunggu lama la..hihi



Thursday, August 7, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin 2014

Bismillahirrahmanirrahim...
Untuk pertama kali aku buat entry pasal raya..sebelum ni aku rasa xnak berkongsi sebab mungkin semua orang rayanye sama je..tapi xsalah kalau nk cerita sikit apa yg aku buat masa raya kan..hihi

Sebelum2 ni mmg akan prepare untuk buat kuih raya 2,3 jenis..tapi tahun ni rasa malas tu ada so buat sejenis je yg senang sedap dan mudah..almond london hehe sebab yg ni mmg feveret aku..baju raya pulak aku tempah dalam dua pasang cukup la sebab 2 hari je aku nk pakai baju kurung lepas tu mmg malas la nk pakai except klu nk pg beraya mana2

Tiap tahun family belah abah aku akan buat family day..so tahun ni agak seronok sebab lokasi yg dipilih kt Cameron Highlandddd..haha excited kn sebab aku xpernah pergi sana..mmg semangat nk spare duit nk beli strawberi kn hehe..raya ketiga dh bertolak pergi sana..mmg sejuk chalet yg aku stay tu dekat dengan tanah rata..alhamdulillah ramai saudara yg dapat datang so happy sikit masa family day kt sana..

Serius kalau nk bercuti kt sana kena lama2 sikit sebab banyak tempat korang boleh pergi tapi yg masalahnya jem kereta banyak tambah2 klu musim cuti..mmg stress duduk dalam kereta lama2..tempat yg sempat aku pergi Cameron Lavender..ok kat situ mmg ramai org parking penuh..aku yg first time datang ni mmg kagum tengok macam2 ada kt sini..siapa yg suka bunga elok la datang sini..strawberi pun ada tau..korang boleh petik fresh lagi

Ni masa kt taman kekwa..cantik kn hihi

Ni kt pintu masuk..tiket bagi dewasa Rm5 je boleh duduk dalam tu sampai nk tutup hihi

Walaupun aku xsempat nk pegi ladang teh Boh sebab masa singkat sangat,tapi sebelum bergerak balik kami singgah kt ladang teh Bharat Group..merasa jugak aku pegang daun teh haha

Haha nampak x muka orang bahagia feeling tau

Ok aku tau raya aku ni xdela best sangat macam orang lain..tapi bagi aku raya tahun ni meriah dengan org tersayang..family aku dengan dia..
Terima kasih sebab masih bersama saya
*Eicehh sory terromantik pulakk hihi

Alhamdulillah dia berikan hadiah yg mungkin aku xpernah terfikir pun..masa bulan puasa fone aku rosak jahanam terus xboleh on..aku redha pakai fone cikai je..seminggu sebelum raya dia datang bagi hadiah..tapi dia sorok xbagitau isi dalam plastik tu..bila aku bukak je terus kuar air mata menitik nitik *err tipu setitik je mungkin*..aku terharu sebab dia bersusah payah belikan aku fone baru..duit raya dalam bentuk fizikal..tapi masa raya dia hulur jugak sampul raya haha maluuu 

Cukup la setakat ni aku nak bgtau korang macam mana aku raya..lgpun bukan interested sangat saja nk berkongsi..tak gitu ye mak jemah..
Nah duit raya bagi korang yg suka singgah blog aku haha




Sunday, August 3, 2014

Hazama - Malaikat

Lirik Lagu Malaikat - Hazama
Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat untuk jaganya bila ku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh
Pagi petang berlumba
Terkejar-kejar masa
Cuba bina istana untuk hidup bersama
Berkelip-kelip mata paksa diri bekerja
Tapi lebih ku rela lihat senyumanmu
Ini sahaja ku mampu demi menjaga kamu
Ku tambahkan satu doa untuk kamu
Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat untuk jaganya bila ku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh
Benar ku menyedari kini ku menghadapi
Segala yang ditakdirkan untuk hidupku
Maafkanlah diriku kerna melukakanmu
Terpaksa ku melangkah pergi
Meninggalkan kamu
Ini sahaja waktuku di dunia menjagamu
Ku tambahkan satu doa untuk kamu
Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat untuk jaganya bila ku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh
Sampaikanlah rinduku padanya
Agar dia sentiasa sempurna
Bawalah cinta kita
Terbang bersama ke syurga
Tuhanku Kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat untuk jaganya bila ku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh



Tuesday, June 10, 2014

Fynn Jamal - Terbang Tunduk



Lirik Lagu Terbang Tunduk - Fynn Jamal

Bertahanlah, wahai raksa, jangan kau terhenti
Berpautlah, wahai nyawa, ini bukan mimpi
Saksikan dengan mata
Rasakan dengan jiwa
Kau sedang tinggi

Jauhnya kau terbang
Siapa sangka?
Getir yang menghalang tak besar mana

Payah payah semalam
Moga mudah selama

Tiap apa yang mematah tegakmu
Tiap yang menolak
Tiap yang memijak-henyak
Biar di belakangmu

Jangan dikenang
Moga dibuang dendam dan sayu

Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati



Fynn Jamal - Tahu


Lirik Lagu Tahu - Fynn Jamal

D#   F# C#  G#

dan kau tanya dalam diam
dengan mata kau biar pejam
bagaimana mampu wujud sunyi
di riuh engkau berdiri

D#   F# C#  G#
satu persatu hilang ertinya
berdikit dikit menyesak dada
mahu kau lari dan bersembunyi
tapi mana engkau harus pergi

Fm                A#m
haus tak terpuas lautan
A#m                       D#m
lapar tak terkenyangkan
G#                                  C#
kau tahu namun tak kau akukan

F#

D#   F# C#  G#
kau selongkar bumi langit petala
sedang jawabnya lama engkau ada
maka perlu apa engkau bongkar gali
kalau cuma diletak tepi

Fm                        C#
sayu tak terjelas fikiran
A#m                      D#m
rebah tak tersambukan
G#
kau tahu
                           C#m
namun tak kau akukan
G#

                 A#m
apa kau cari
 F#                          Fm
yang sebetul betulnya
 G#                      C#
lama mana begini
 F#                         C#
bertelanjang jiwanya

G#-C#       A#m
apa kau nanti
F#                                 C#
yang sesungguh sunguhnya
G#                        A#M
malam siang berganti
F#                        C#
jawabnya tetap sama

D#    F#    C#    F#   C#

Fm                        A#m
sayu tak terjelas fikiran
A#m                      D#m
rebah tak tersambukan
G#
kau tahu
kau sayu
kau rindu
sama tuhan




Thursday, May 22, 2014

Azlan & The Typewriter - Pasar Karat



Lirik Lagu Pasar Karat - Azlan & The Typewriter


Potong kuku sampai habis baru tahu isinya
Belum baca lihat muka takkan ada maknanya



Korus
Sekarang zaman hilang budaya
Tersalah kata pistol jawabnya
Terlanjur langkah nak jadi kaya
Nanti buruk padahnya



Buka mata lihat hati renung dirimu
Takkan ada bangsa lain yang akhir di dunia



......
Dengar senang cemar sini
Jadi biasa sakit hati
Hilang nyawa banyak lagi



Sekarang zaman hilang budaya
Tersalah kata pistol jawabnya
Terlanjur langkah nak jadi kaya
Nanti buruk padahnya



Buka mata lihat hati renung dirimu
Takkan ada bangsa lain yang akhir di dunia





Amir Jahari - Inspirasi



Lirik Lagu Inspirasi - Amir Jahari


Tak pernah bersua, melodimu terpahat dijiwa
P. Ramlee satu lagenda
Teriakkanmu, menggoncang hati pendengar
Usman Awang sang pencinta

Terima kasih

Kau menjadi melodi
Kau menjadi puisi
Kau menjadi inspirasi
Untukku terus berdiri

Kau menjadi melodi
Kau menjadi puisi
Kau menjadi inspirasi
Untukku terus berdiri

Dia pembuka mata, pejuang terawal dalam seninya
Krishen Jit, tak ternilai jasanya
Tak kenal erti putus asa, Faridah Merican namanya
Teater menyentuh jiwa semua

Terima kasih

Kau menjadi melodi
Kau menjadi puisi
Kau menjadi inspirasi
Untukku terus berdiri

Kau menjadi melodi
Kau menjadi puisi
Kau menjadi inspirasi
Untukku terus berdiri

Zahim Albakri, Jo Kukathas, Dalang Dollah Baju Merah, Mavin Khoo, Yudi Yap
Lee Swee Keong, Johan Jaafar, Harith Iskandar, Rosnan RahmanMarion D’Cruz, Awieeeeeeee!

Kau menjadi melodi
Kau menjadi puisi
Kau menjadi inspirasi
Untukku terus berdiri

Kau menjadi melodi
Kau menjadi puisi
Kau menjadi inspirasi
Untukku terus berdiri








Noh Salleh - Angin Kencang

           

           Lirik Lagu Angin Kencang – Noh Salleh


Dalam silauan cahya
Membatas pandangan mata
Namun jelas ku lihat kamu
Biarpun ku sedar kau kian jauh
Tinggalkan aku yang rapuh

Angin kencang membawa kau
Jauh ke sana
Kau hilang terus tanpa khabar
Tidur malam ku mimpi indah ingat kamu
Ku merindui kamu

Apa yang ku fikirkan
Inilah penyiksaan
Biarpun beribu tahun
Dan namun kau sentiasa di hatiku
Menuai senyumanmu

Angin kencang membawa kau
Jauh ke sana
Kau hilang terus tanpa khabar
Tidur malam ku mimpi indah ingat kamu
Ku merindui kamu




Monday, March 24, 2014

#Review2 - Kelabu


Ok second review..senang cakap aku memang dah tangkap cintan dengan Nadia Khan ni..gaya penulisan memang cool asyik kena tipu je hahaha..so aku ni xpandai nak review sangat..aku amik ayat review ni kt goodreads..kredit kt Sarah Yasmin sebab aku copy dia punya komen..hihihi

Kelabu was so amazing! Why should I said that? Sebab aku rasa, kisah dalam buku ni lain daripada yang lain. Boleh la diklasifikasikan sebagai kisah cinta cintun. Its not only about love, its also about life, loyalty, and kesedaran dalam diri. Nadia Khan made her writing more exciting.

Okay, okay. The story begin when Amir dengan Jun mengikat perjanjian untuk couple. Not real couple, just Jun nak menjeleskan boyfriend dia je. Amir pada waktu itu dibayangi kisah-kisah cintanya dahulu kerana dia pernah terluka. Adat bercinta eh? Once again, Amir terima Jun sebagai aweknya. Lama-kelamaan, dia jatuh cinta pada Jun tanpa diduga. Shah, kawan baik dan kawan rapat Amir sejak zaman belajar kat German dulu, menasihati yang there's something bad about Jun dan Shah tidak suka Amir menjalinkan ikatan dengan Jun. And soon, bila syok baca, the truth about Amir is dia sebenarnya bernama Amira. Okay, sungguh la Amir tu seorang yang kelabu hidupnya. Amir menemui sebuah hakikat bahawa Jun tidak mencintainya langsung setelah dia membaca artikel yang ditulis mengenai dirinya. Pada waktu tu, aku rasa cruel gila si Jun tu. Then Amir hurt again. Thus, dia putus dengan Jun. At the same time, Amir bergaduh dengan Shah apabila dia mendapat tahu Shah ada menyimpan perasaan terhadapnya. 

Aku lega bila Shah dengan gentleman nya sound direct kat Amir suruh berubah. Surat yang Shah tulis tu pun boleh tahan gak tegasnye Shah ni. At the end of the chapter, hati Amir sedikit demi sedikit mula menerima hakikat yang dia perlu berubah kepada 'Amira'. The best thing is, Amira was in love with Shah. Hidup Amir yang dahulunya kelabu, akhirnya menemui penghujungnya. 

Dari penggunaan bahasa and ayat, rasanya simple je. Tak perlu penat-penat fikir kompleks. I love when Shah giving advice to Amir. I love to feel the relationship between Amir and her father. I love the way Amir made decision for her life. Ouh, I love all of it :)





Monday, March 17, 2014

Iamneeta - Jatuh Cinta


Lirik dan Chord Lagu Jatuh Cinta


IAMNEETA - JATUH CINTA (CAPO fret 2 on guitar)   
 G
Aku tak bisa menyedari
         C     G 
Bau cinta,aku..
  Em          G
Tentang kamu
            C             D
Tak pernah ku hargai

Co~
C
Kini aku
B7
Jatuh cinta
        Em
Pada pertemuan
  G        
Yang terindah
 C
Telah membuat ku
  D
Dekat pada mu

Verse 2~
G
Kini ku bisa menyedari
        C        G
Erti cinta kamu
Em           G
Tentang aku
C                    D
Selalu kau hargai

Co verse2
C
Kini aku
B7
jatuh cinta
        Em
Pada diri kamu
G                               C
Segenap hujung dunia ku
D
Ingin kau tahu

Kini aku
B7
jatuh cinta
            Em
Semua tentang kamu
          G                      C
Sehingga hujung dunia ku
D             G             G    
Ingin kau tahu (jatuh cinta)  
G7 
oooo…

(solo & chorus verse 2)

Lagu: Patrick Anohada (NAR publishing SDN BHD)
Lirik : Patrick Anohada (NAR publishing SDN BHD)

Original no capo is on A D F#m E C#7 




Sunday, March 16, 2014

#Review1 : Gantung

Baru-baru ni aku dah terpengaruh dengan novel independent..aku pun tak tau macam mana boleh tengok ramai budak-budak duk layan novel cenggini..aku je yang ketinggalan..kalau aku tau dah lama aku punya rak buku tersusun dengan novel ni..novel cintan cintun dah lama aku stop..bila pikir balik memang aku nak beli macam-macam tapi why not aku cuba benda baru..kena dengan jiwa lagi hahaha yes indie..dulu layan lagu skag kita baca novel plak..dah dua kali aku beli on9 novel-novel ni harga pun murah sebab de diskaun ngan promosi..kalau tak silap aku dah beli 13 novel indie..lejen press, fixi, terfaktab,dubook press, selut/sfp ni suma produksi yang bekal novel indie..aku baru baca 3 novel memang layan habis..tapi first aku nak review novel ni..GANTUNG by Nadia Khan


Novel ni habis aku baca masa ofis hour sebab boring yang amat terus aku layan novel ni..Aku suka jalan cerita yang penulis sampaikan..tak bosan itu yang penting..masa baca novel ni memang fokus nak tau next story what happen to them..dan novel ni aku labelkan genre seram komedi..ada seramnya..ada komedinya..maybe aku sorang je kot yang rasa komedi tu sebab boleh gelak sorang-sorang walaupun time seram sejuk..hahaha

Tajuk Gantung tu, pada mulanya aku fikir maybe orang mati gantung diri..tapi, bila dah habis baca, gantung kat sini membawa dua maksud yang berbeza..so aku cadangkan sape yang suka baca novel cintan elokla berubah angin baca novel ni memang korang akan rasa lain sangat..sebab cara penulisan ngan penyampaian tak sama macam korang duk nangis layan cita korea what so ever la..hehehe

Tahniah untuk Nadia Khan! 
:)




Monday, February 24, 2014

Selamat Hari Lahir!!

Assalamualaikum..alhamdulillah 23 Februari  lepas aku dah cecah umur 24 tahun..rasa macam cepat sangat membesar..belajar pun dah nak abis..rindu nak jadi budak tadika balik kan hahaha..
Walaupun sambutan bufday tak macam orang lain ada jamuan makan sedap2 ramai kawan2 datang wish bagi hadiah..tapi aku punya simple..tak pernah nak harapkan apa2..cukuplah Allah bagi peluang nak nikmati hidup ni dengan sihat dan bahagia ecece..
Macam biasa malam 22 Feb pasti de someone yang akan wish nyanyi lagi hepy bufday kat aku hahaha..thx so much sayang walaupun wish kt fon je aku hepy sebab dia tak pernah lupa tarikh penting ni..tak pe bila2 pun kita boleh pegi sambut kan sayang..heheeeee
Thx kt akak tersayang jugak sebab masakkan sambal ketam feberet aku hahaha terharu..lepas balik kenduri terus bedal makan ketam..aku memang xboleh tahan nafsu kalau nampak makanan alah ni hahaha
Kawan masa tadika sampai la uum pun tak pernah lupa wish kat aku..thx so much una..aku harap hubungan kita kekal sampai selamanyaa..wahhh ayat kemain kau! hehehe..Mek Ya pun tak lupa wish..tahun lepas dia siap bagi present gelang silver okeyhh..thx so much nyahhh

Muka bahagia hahaha



Sunday, February 16, 2014

Aku Benci Jerawat!!

Sape yang suka jerawat kan..cuba bagitau hehe..musuh utama bagi kaum perempuan..aku pun selalu jugak naik jerawat tapi setakat 3 bijik tu normal la tambah plak time cuti selalu sangat ada jerawat batu..
Tapi tahun lepas awal bulan 12 kalau tak silap tetiba muka aku naik jerawat banyak yang amat..tak tau pasal apa..mungkin sebab aku tukar pencuci muka tapi sebelum ni tak pernah jadi macam tu..kalau aku tukar pencuci takde pape yang berlaku pun..ecece ayat..tapi serius muka aku memang teruk gila naik jerawat penuh kat dahi lepas tu terus merebak kat seluruh muka..
Waktu tu rasa macam stress sangat..dah la banyak keja nak kena buat asgmnt la report la..lagi la menambah jerawat kat muka aku ni..aku banyak cari ubat untuk hilangkan jerawat kat internet..banyak blog yang buat review macam2 produk..

Produk yang pertama aku try Rosa T dari Garden of Eden..

Aku beli satu set terus ada pencuci muka, acne gel dengan acne serum..tapi aku pakai 3 hari rasa macam jerawat ni makin banyak..tak tahu la perasaan je ke atau sebab aku nak jerawat ni cepat baik..so tak boleh jadi..aku nak try yang lain..ada kawan aku muka dia lagi teruk jerawat penuh satu muka lepas tu dia pergi klinik pakar kulit dekat sungai petani..aku tengok muka dia dah makin ok lepas guna 2 bulan..aku pun suruh dia belikan ubat tu kat aku..ada krim siang, krim malam dengan pencuci..lepas guna 2 hari terus muka aku naik macam merah2 kulit pun pedih rasa macam terbakar..aku tengok pun rasa macam nak nangis stress sangat..krim siang dengan malam ok je..aku guna sampai habis..masa ni pun aku ada try cari produk lain maybe yang sesuai dengan muka aku..so aku jumpa Cetaphil Cleanser..produk ni ramai yang guna dan dorg cakap memang berkesan..aku beli kat Watsons je RM31.60 kalau tak silap..alhamdulillah masa pakai pencuci muka ni nampak kesan jerawat lama2 makin surut pastu muka pun dah tak merah2..rasa seronok sangat..aku pakai sampai habis jugak ada la dalam 2 bulan..hilang semua jerawat tapi yang sedih tinggal parut ni..sekarang tengah cari ubat parut mana yang sesuai..tapi yang pasti kalau sape2 ada masalah jerawat aku suggest pakai la Cetaphil ni hehehehe



Thursday, February 13, 2014

Fynn Jamal - Arjuna Beta



Lirik Lagu Arjuna Beta - Fynn Jamal

Verse 1

Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

verse 2

kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

chorus

ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata

semua tak serupa