I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, January 2, 2012

Azlan The Typewriter Dikurniakan Anak Perempuan, Laurra Lutfea



Tahniah diucapkan kepada Azlan atau lebih dikenali sebagai Lan Meet Uncle Hussein kerana telah dikurniakan anak perempuan pada 28 Disember 2011 yang lepas.
Menurut mStar, isterinya yang bernama Normala Hassan telah selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 9.03 malam secara normal di Hospital Lourdes, Sentul. Bayi perempuan yang seberat 2.8 kilogram ini telah dinamakan Laurra Lutfea.
“Saya bersyukur kerana isteri boleh bergerak dengan selesa selepas sembilan bulan mengandungkan anak perempuan kami. Cuma selepas sehari bersalin, dia sakit demam panas pula,” dipetik dari akhbar online tempatan, mStar.
Ketika ditanya adakah dia mahu anak perempuannya ini mengikut jejak langkahnya, Lan menjawab, “Saya harap, dengan latar belakang keluarga saya yang kuat agama, mereka dapat membantu saya dan isteri mendidik Lutfea.

“Saya percaya, personaliti, karakter dan minat seseorang itu datang daripada asuhan ibu bapa mereka sejak kecil. Semoga kami dapat membimbingnya ke arah yang betul, Insya-Allah,” tegasnya.

korang tengok LAURRA LUTFEA sangat comeyh!

1 comment:

pe korg cakap..???