Lirik Lagu Aku dan Dia - Karmal ft SSK & Jay Walia
Uhh.. aku dan dia, hanya aku dan dia,
Bros macam warna, mewarnai dunia,
Takkanlah bosan, dia bercerita,
Pelbagai gaya, pelbagai cara,
Banyak kenangan bersama semanis suria,
Tanpa dia hidupku tak sempurna,
Dari Sabah ke Kangar, kami mengembara,
Bersama-sama kami pergi jauh, so far,
Dari underground dasar, ke dalam rumah kasar,
Bersama umum lembut, di dalam pasar kasar,
Melalui dia aku luahkan perasaan,
Melalui dia aku serlahkan perasaan,
Aku dahagakan kejayaan,
Dia datang, tuangkan minuman,
Walaupun sekarang dia dipinggirkan,
Aku dan dia teruskan perjalanan.
Chorus
Bila malam menjelma, hanya aku dan dia,
Bila musik bergema, hanya aku dan dia,
Mengalir dari pena, itu aku dan dia,
Aku.. dia.. aku.. dan dia,
Yaw, mata masih tak lelap, langit dah kurang gelap,
Anak muda baru nak pulang dari kelab,
Tapi ku keseorangan, lebih senang begini,
Bukan di depan TV, minda bermisi,
Ku tulis baris-baris rapi, macam askar,
Susun alunan music, macam keratan akhbar,
Macam posmen ku hantar korang yang terima,
Tapi di hujung hari, hanya aku dan dia,
Dia kunci kotak, yang telah lama terkunci
Tanpa dia ku macam meja, tak berkerusi
Masa terhenti, mindaku tetap berjalan
Biarkan saja orang lain dibawah zaman,
Dia, bukan teman sementara,
Selalu disisi, tempat berbicara,
Dia, kekal selalu bersama,
Sukar untuk digambarkan, apa yang ku rasa,
Chorus
Bila malam menjelma, hanya aku dan dia,
Bila musik bergema, hanya aku dan dia,
Mengalir dari pena, itu aku dan dia,
Aku.. dia.. aku.. dan dia.
Karmal
Dah bertahun bersama, tak pernah rasa jemu,
Jatuh bangun bersama, sejak mula bertemu,
Kemana jua ku pergi dia akan ikut,
Selalu buatku tenang, menahan ribut,
Bila bulan muncul, mindaku terus terbang,
Rentak beri semangat, bekal pergi berperang,
Pena mula menari, bantu bentuk career,
Kertas menjadi lantai, dan untuk idea,
Ramai yang dah cuba, tapi tak berjaya,
Sebab ramai perasan, kononnya bergaya,
Ramai yang tak senang, kerana tak dapat,
Mereka cemburu, kita masih rapat,
Biar yang lain dengki, mengumpat pasal kita,
Aku tak akan layan, ku kejar cita-cita,
Kami tetap diatas, walau bumi terbalik,
Itu aku dan hip-hop, pasangan yang terbaik.